Selasa, 14 Februari 2017

TERKINI.. Ustaz Terkenal Tanahair KANTOI Menyumpah Orang ? !!!

TERKINI.. Ustaz Terkenal Tanahair KANTOI Menyumpah Orang ? !!! | Ustaz tersebut tidak lain tidak bukan ialah Ustaz Ebit Lew (semoga dirahmati Allah senantiasa atas usaha dakwah yang berpanjangan). Baca sampai habis ye tulisan beliau. Dah banyak hari rasa nak sumpah orang. Malam ni saya sumpah semua orang yang hina, kutuk, malukan saya depan ramai orang dalam masa 2 minggu ni. Saya sumpah mereka dan makayah, anak-anak dan keturunan mereka semuanya jadi Daie Allah, alim, hafiz, ulama, orang yang paling bertakwa dan orang yang gembirakan Nabi saw.
1

Dah 2 minggu saya tak tidur malam. Saya drive dalam perjalanan tidur pukul 4 pagi. Pagi terus ada ceramah. Waktu ceramah tepat-tepat jer masa. Saya ceramah dengan sepenuh hati dan menepati masa dan tujuan saya. Saya seperti saya dan tidak akan jadi macam yang sesiapa nak. Hidup saya untuk tuhan saya. Hidup saya untuk Allah.

Malam ni baru saya berbual dengan anak-anak saya. Baru lepas peluk dan cium isteri dan anak-anak. Terlalu rindukan mereka kerana Allah. Air mata tak berhenti kerana terlalu inginkan ramai orang memeluk Islam. Inginkan masjid hidup dengan amal.

2

Jom nangis puas-puas dan kuat-kuat depan Allah kemudian kesat air mata bangun dan terus bangkit berjuang sehingga berjumpa Allah. Berjumpa Nabi saw…KREDIT FACEBOOK USTAZ EBIT LEW.

Isnin, 13 Februari 2017

4 Tahun Kahwin X Dapat Anak. Apa Ustaz Pesan Kat Mekah Buat Suami MENANGIS !!! |

4 Tahun Kahwin X Dapat Anak. Apa Ustaz Pesan Kat Mekah Buat Suami MENANGIS !!! | Assalamualaikum semua pembaca, pertamanya mohon maaf kalau penulisan ni ada terkurang atau terboring sekadar ingin berkongsi cerita sebagai salah satu pasangan yg Allah uji dengan dugaan lambat dapat zuriat. Tak lupa ucapan terima kasih buat pihak iium kerana sudi siarkan cerita sy yg taklah se’sweet drama SuriHati Mr.Pilot gittew..


Sekadar Gambar Hiasan.

Nama sy Munirah. Sy dan suami disatukan kira2 4 tahun yg lalu atas pilihan keluarga. Tak pernah kenal langsung sebelum berkahwin. Awal sebulan dua perkahwinan masih belum ada berita kehamilan, itu perkara biasa. Lambat sebulan dua biasalah kan, mungkin belum puas berkenalan, berbulan madu. Tapi bila mencecah 10 bulan – setahun, kami mula resah lebih2 lagi suami sebab katanya sebelah keluarganya jarang berlaku lambat kehamilan ni lebih dari 7-8bulan. Dan sy pun sejak berkahwin, haid jadi tak menentu padahal sebelum kahwin haid sy sangat teratur. Jadi bermulalah episod kami berikhtiar demi menimang zuriat sendiri.

Disebabkan tahun pertama perkahwinan kami berdua masih belajar di luar negara, jadi tak dapatlah nak ikhtiar cara kampung seperti mengurut dan sebagainya. Kami cuba buat checkup di hospital, utk suami takde masalah. Cuma sy ada masalah cyst di rahim tapi tak teruk. Doktor bagi ubat utk hilangkan cyst tu dan alhamdulillah hilang.

Kemudian pergi klinik lain pula sebab kami pindah ke tempat lain. Bermulalah fasa ttc (try to conceive) pula, doktor tu scan rahim dan katanya telur sy ada masalah tak cukup matang/tak besar macam saiz yg sepatutnya. Dia bekalkan ubat2 dan juga 7-8 injection buat sendiri di rumah dan injection tu sangatlah azab sampai sy menangis2 tekup muka kat bantal mungkin sebab ubat tu pekat atau entahlah. Haha.

Semua rawatan ambil masa lebih kurang 2 bulan juga sampailah doktor sahkan telur dan rahim sy dah kembali ke saiz yg sepatutnya, dan dia juga berpesan, walaupun semuanya dah ok tapi jangan sedih kalau masih belum hamil sebab ini semua dengan izin Allah jua.
Masa tu kami cuba minta doa dari syeikh2 juga, ada yg bagi amalan doa Nabi Zakaria, “Rabbi laa tazarnii fardan wa anta khairul waariseen..” Sebanyak 40x setiap kali sujud solat fardhu selama 40hari kalau tak silap. Kami amalkan juga. Orang kata sy tak hamil sebab gemuk, padahal takdelah gemuk pun cuma berisi sikit lah :p

Tahun pertama memang tahun ujian bagi kami berdua, dua2 takleh dengar orang tanya pasal anak, dengar orang baru dapat anak/hamil. Mesti balik rumah menangis2. Memang hati sensitif tahap cipan. Lagilah dengar pulak kakak ipar sy hamil lepas 2 bulan kahwin. Ape lagi melalak2 kat bilik air sorang2. Tak baik kan, padahal rezeki masing2 Allah dah tetapkan huhu. Korang jangan buat camni tau huhu.

Sampailah masuk tahun kedua perkahwinan, kami dah balik Malaysia. Masih juga belum ada berita atau tanda2 kehamilan. Kami ikhtiar pula cara kampung, berurut, makan jamu, baca kat internet minum air bunga raya yg kelopaknya 5, ayah sy siap gi beli pokok tu tanamkan kat depan rumah hahhaha. Tapi yelah kan nama pun ikhtiar, Allah jualah yg beri.. Masa ni dah lali sikit kalau dengar berita2 kehamilan, bersalin ni walaupun sebak2 sikit la dalam hati tapi masing2 hati dah kuat sikit.
Masuk tahun ketiga, kami dah tak cuba apa2 ubat2an cuma selalu minta orang2 soleh doakan, ataupun kalau ada orang tanya pasal anak, kami akan senyum je dan minta diorang doakan yg terbaik buat kami. Masa ni hati dah kuat, dah semakin percaya dan berserah pd Allah atas apa jua yg Allah takdirkan utk kami suami isteri. Dia jualah yg Maha Tahu apa yg baik buat kita semua.

 Firman Allah s.w.t :
وعسى أن تكرهوا شيئا وهو خير لكم وعسى أن
تحبوا شيئا وهو شر لكم والله يعلم وأنتم لا تعلمون
Kemungkinan kamu membenci sesuatu padahal itulah yg terbaik buatmu, dan kemungkinan kamu menyukai sesuatu padahal itulah yg terburuk buatmu, dan Allah itu Maha mengetahui dan kamu tidaklah mengetahui.
(Surah Albaqarah : Ayat 216)
Penghujung tahun ketiga, kami direzekikan Allah utk menziarahi RumahNya dan Masjid Nabawi. Seronoknya tak terkira sebab ini kali pertama suami menunaikan umrah, dan juga kali pertama kami suami isteri menunaikan umrah bersama2. (Semoga kita semua direzekikan lagi, lagi dan lagi ameen.)

Di sana terjadi juga ujian yg betul2 menguji kesabaran kami suami isteri. Salah seorang ustaz F yg ikut bersama kami dalam jemaah umrah, berbual dgn suami masa balik dari masjid, manakala sy dan isterinya ke kedai2 sebentar shopping gittew. Balik ke hotel, suami macam moody semacam tapi tak cerita lagi. Sampailah esokya lepas subuh, kami berdua jalan pulang dari masjid, suami mula buka mulut. Katanya ustaz F tu cerita dulu pakciknya pun 4-5 tahun kahwin takde anak, so dia kahwin satu lagi so dapat la anak. Jadi dia pun nasihat kat suami sy suruh kahwin satu lagi utk dapat anak cepat. Suami sy jawab juga, “sy redha ini semua kan rezeki dari Allah. Lagipun kamu pun tahu, kalau isteri sy boleh buat anak sendiri, dah lama dia buat anak sendiri. Tapi ni kan Allah yg buat, yg penting kita usaha dan tawakkal pdNya.”

Ust F tu taknak kalah, dia cakap2 lagi tak haram pun kahwin dua dsb (ye kami tahu ustaz) sampailah suami sy malas nak jawab dia diam je tapi dalam hati dah berbuku. Masa hujung2 dia cerita, dia menangis. Tak kisah dah depan orang lalu lalang tengok pun. Dia kata sambil menangis teresak2, “sy doa pd Allah, tunjukkanlah kuasaMu ya Allah pd dia.” Sy pun sebak juga tapi tahan taknak tunjuk depan suami. So sy pujuk dia, lain kali cakap dekat ust F tu, “ustaz dapat jamin ke sy akan dapat anak kalau sy kahwin satu lagi?” Suami diam je sambil tersedu2 tahan nangis. Esoknya masa kami nak tawaf wida’, kami berebut masuk hijir ismail dan luahkan semua yg terbuku dalam hati, tenggelam dalam esakan rintihan yg panjang sampailah polis tepuk suami sebab dia nak lalu so kami pun keluar. Masa tu betul2 berserah pada Allah lepas dah luahkan semua sakit hati pd kata2 orang. Lepas ni orang nak kata apa, katalah kami redha.

Balik dari umrah, sy haid tapi dgn jumlah yg sangat banyak. Tak pernah macam tu jadi. Sy niatkan semoga ni kesembuhan Allah nak bagi utk rahim. Mungkin jugak sebab sy banyak berjalan kat sana so darah jalan dengan sangat lancar takde jem2 hohoho.

Tahun ni masuk tahun keempat perkahwinan kami, kami tak sambut beria sangat macam tahun2 sebelumnya tapi adalah buat sambutan dgn keluarga. Sebab duit pun tak berapa nak ramai masa tu so sambut sekali je dgn keluarga takde sambut berdua honeymoon ke ape huhu. Dan hujung bulan yg sama jugak, birthday suami. Pun tak dapat beli hadiah apa2 sebab memang duit cukup2 makan je. Sedih jugak lah tapi suami pun paham sebab duit dia duit sy jugak. Masa tu haid sy pun dah mula lewat sehari dua hari sampai suami pun perasan, so dia suruh beli pregnancy test, sy kata nantilah. Satu malam tu sy beli jugak test tanpa pengetahuan suami, tapi takdelah berharap sangat macam sebelum2 ni sebab sebelum ni lepas test je mesti esoknya haid. Waaa sedih. Huhu
.
Esoknya sy test lepas subuh, suami keluar jap beli sarapan. Masa test tu, jeng3 keluar 2 line! Alhamdulillah ya Allah nikmatnya tak terkata sampai dalam bilik air meraung2 menangis. Suami balik je rumah, sy suruh dia tutup mata, konon nak bagi hadiah. Dia bukak mata tengok test tu, dia tanya “apa maksud line2 tu ? Hamil ke ?” Sy angguk. Dia peluk sy sambil teresak2 menangis dan memanjatkan kesyukuran yg tak terkira pd Allah dalam sujud syukur. Dan maklumkan pd keluarga terdekat sahaja sebab kata orang, awal2 kehamilan ni elok diamkan dulu sampai 5-6 bulan baru bagitahu kat kenalan dan saudara.

Sekian cerita sy yg terpendam selama 4 tahun kauu. Haa. Doakan sy dan kandungan selamat hingga melahirkan. Semoga dikurniakan zuriat yg soleh solehah yg berbakti kepada ibu bapanya dan agama. Rabbi tammim bikher ya Rabb. Ameen.
Semoga Allah rezekikan juga semua pasangan yg belum dikurniakan zuriat, inshaAllah.
Pesan sy, jangan putus asa dgn rahmat Allah. Sebab setinggi mana pun kita usaha, Allah tetap akan bagi dengan rahmatNya bukan sebab usaha kita sebab usaha kita bukanlah ada apa2 kesan bagi Dia. Tapi sebagai hamba, tetap wajib kita berusaha cuma jangan iktikad Allah akan bagi sebab usaha kita yg itu ini. Wallahua’lam.

Dan amalkan juga istighfar banyak2, sebab dalam alquran pun Allah ada sebut, barangsiapa yg beristighfar Allah akan luaskan hartanya, zuriatnya dan kurniakan baginya nikmat2. Dan di zaman Nabi s.a.w pun ada kisah seorang sahabat mengadu tentang lambat dapat anak kpd Nabi, dan Nabi berpesan dgn perbanyakkan istighfar. Wallahua’lam.

Sekian perkongsian ikhlas dari sy, Munirah – Seorang : Isteri. Anak. Adik. Kakak. Ibu. Sahabat via IIUM.

sumber sayaluvislam

Ahad, 12 Februari 2017

Aku Pelajar Medik. Satu Hari Bantu Ustaz Yg Sakit. Apa Yg Aku Dapat Buat Ramai TERKEJUT !!!

 Nama aku Wan. Assalamualaikum pembuka kata, Bicara kita di alam maya, Eh, apa lagi ni nak kata..? Aaaa, abes rosak pantun saya..hahahah Maaf2, aku x pandai sangat bermadah2 ni. Just panggil aku Wan (nama samaran kot). Cerita aku bukan hebat pun, biase2 je. Kalau nak baca, teruskan, kalau x nak, hmmmm, blh terus scroll fb masing2..hehehe




Aku sekarang duduk di negeri orang, bergelar sebagai pelajar perubatan. Aku bukan nak cerita pasal alat glucometer “doktor-pun terkejut-oh-mak-kau-merah jambu pink :P”. Eh, korang taw x pasal glucometer-doktor-terkejut ni? Kalau x taw, hmmm, x payah taw xpe.. abes kuota internet je kalau korang percaya.
Panjang betol intro.huhuhu. maaf2.

Ok, ni kisah aku. Biaselah, zaman sekarang ni memang perlu duit kan. Aku sebagai pelajar lagi lah. So, hari-hari memang aku kena bajetkan perbelanjaan aku. Biasenye purata penggunaan duit aku x sampai Rm10/hari. Eh, tu kira maksima la.
Tapi, walau macam mana sikit pun duit dalam poket, aku akan letak dalam tabung masjid/surau Rm1 setiap hari. Alhamdulillah, dah dekat setahun dah aku amal. Harap2 istiqamah la.hehehe
Nak dijadikan cerite, bulan ni aku memang lari bajet. Bukan lari sambil bajet dengan kesadoan yang ade (sado ke?hahaha), tapi xde duit la.hohoho. Hujung minggu lepas, masa aku baru nak sarapan makan roti Gardenia (roti putih tu la, xkan x kenal, tapi tu je aku mampu hahaha), ade ustaz mesej aku.

Ustaz : Salam akhi, kat ner sekarang?
Aku : Wassalam ustaz, ana dekat atas kerusi ni, baru nak makan roti. (Aku saje reply macam tu, sebab aku jenis yang bergurau.hahaha)
Ustaz : Free x sekarang? Boleh tolong ustaz?
Aku : (baru nk study lepas ni, sbb exam final bulan depan, tapi sebab ade orang minta tolong, aku iakan je) InshaAllah free ustaz. Ade ape ek ustaz?
Ustaz : Ustaz demam panas ni. Boleh tolong belikan panadol x sekarang?
Aku : InshaAllah ustaz, jap lagi ana gi rumah ustaz.

Aku pun check la duit dalam dompet. Berhuhuhu la aku pikir cmne nak beli, tapi xpelah, orang dah sakit dan minta tolong, tolong je la. Aku pun start la moto hitam pemberian abang aku ke kedai, beli panadol biasa dan actifast. Total Rm10. Abes bayar, terus aku brooooommmm rumah ustaz. (Korang jangan ingat aku bawa laju, sebab moto aku tu alignment tayar x betol, brek x makan.hahaha)

Sampai rumah ustaz, aku check la apa yang patut. Rupe-rupenye, bukan demam biase je, siap batuk darah, sakit dada, sesak nafas semua. Tengok2, symptom die teruk, so aku ajak la gi hospital jumpa doktor. Dalam hati aku nak suruh die warded hahaha. Tapi ustaz xnak pergi. Terpaksa la aku guna teknik magic mirror auto reflex petala langit kuasa 89. Sebelom ni ustaz ceramah aku, waktu tu aku ceramah ustaz. Akhirnye ustaz kalah dengan aku, dan kitorang pergilah hospital.

Sampai emergency, daftar semua. Mak aihhh, ramai betol orang dekat emergency. Maklumlah mase tu kan cuti Raya Cina. Sebenarnye boleh je aku guna “pass” aku sebagai pelajar perubatan situ untuk by-pass dan terus jumpa doktor, sebab doktor bertugas pun aku kenal, tapi dah memang sistem A&E buat saringan triage, maknanye die akan dahulukan yang terutama daripada utama. Paham x? Maknenye yang sakit teruk lagi awal la akan jumpa doktor. Aku bukan macam korang yang sikit-sikit nak viral kalau kena tunggu. Hohoho. Tunggu punya tunggu, akhirnye tengahari baru dipanggil masuk, check punye check, buat ujian darah semua, ECG, CXR, doktor cakap x perlu warded. Doktor cakap boleh berehat di rumah. Sukalah ustaz waktu tu.hahaha. Dekat waktu Asar baru kitorang balik rumah. Abes sehari aku x study hahaha. Tapi xpelah, dah aku keje nanti pun, tolong orang macam ni lah keje aku. InshaAllah hehhee.

Ok, korang cuba ingat balik yer. Tadi aku baru nak makan sarapan. Baru sempat gigit sekeping roti. Lepas tu beli panadol Rm10. Dekat hospital, sebab x makan lagi, aku pun beli lah roti dan air untuk aku dan ustaz sebagai alas perut waktu pagi, Rm10. Xkan nak makan nasi sambil tunggu turn dekat emergency.hahaha.
Tengahari macam tu sebab dah hypo, ustaz bagi aku Rm10 untuk beli air dan buah. So kalau ikut kiraan budak darjah 3 sini, kire aku guna lebih Rm5 la kan.hahaha. Bukan aku berkira/kedekut, tapi ni lah nak bagitahu korang semua. Aku x nak pikir banyak pasal duit aku spent kat ustaz, sebab die guru aku. So aku buat dek je la.hahaha

Tengok2, harga minyak naik. Terkesan wehh. Aku paham perasaan belia semua, marah, benci, dendam kesumat, nak maki hamun, tapi semua tu aku simpan je dalam hati. Kalau korang mencarut dalam fesbuk kat die (who-name-should-not-be-mentioned), bukan harga minyak turun pun. Kalau korang nak Malaysia ni maju, berkebajikan, tulus ikhlas sesuci murni kain putih ibarat bayi baru lahir, korang pun kena lah ubah diri sendiri. Ni x, korang pun lebih kurang je perangai, suruh kawan proxy attendance, member punch card, bagi 50 dekat polis kalau kena saman, and etc. Korang nk pemimpin berubah, tapi korang x nak berubah ke arah kebaikan. Hmmmm. Aku istighfar je lah.

Ok balik kepada cerite hahaha. Dua tiga hari lepas, aku pun tanyalah ustaz samada die free x, sebab aku nk ziarah kejap. Boleh pula ustaz mntak aku teman die ke kuliah. Niat nak ziarah kejap je, tengok-tengok kena ikut kuliah sekali hahha. Rupenye die ajak aku teman sebab die x larat nak drive, letih lagi. So aku kire jadi peneman dan juga driver la hehehe. Xpe, kita tolong orang selagi mampu.

Habis kuliah, ustaz minta aku berhenti warung tepi jalan. Nak borak-borak katanya. Aku pun drive slow-slow cari kedai. Sampai je kedai, order la apa yang patut. Sambil borak-borak, sembang-sembang. Lepas habis makan, kena bayar la kan. Xkan nak blah gitu je. X sempat aku nak bayar, ustaz dah bangun dulu untuk bayar. Aku cuba bangun, tapi ustaz tolak aku duduk. Maka, aku duduk je lah tengok ustaz bayar. Masa nak naek kete plak, tibe-tibe ustaz cuba letak sekeping wang kertas dalam poket aku. Aku cuba tepis guna ilmu tai chi aku, tapi ustaz guna jurus wong fei hung, kalah aku, maka terpaksalah aku terima duit tu. Ustaz cakap, “apalah sangat duit ni, nak dibandingkan masa enta kat ana”. Perghhh, terharu. Huhuhu

Balik rumah, aku tengok not Rm50. Wahhh, syukur alhamdulillah. Dah la ustaz belanja makan, dapat extra Rm50 plak tu. Maka betollah, jika kita tolong orang, kebaikan kita akan digandakan 10 x ganda. Mungkin bagi korang sikit je ni, tapi bagi aku, boleh hidup seminggu dengan Rm50 hehehe.
Tu je lah cerita aku. Xdelah gempak sangat. Aku just nak share, berebutlah kita berbuat kebaikan dan kebajikan. Dan cintailah tugas/keje kita, barulah kita dapat bertugas dengan aman.hehehe
Ok bye korang, aku nak study untuk final. Doakan aku yer. Terima kasih (^_^). –

-Wan- via IIUM.

sumber sayaluvislam

Ayah Meninggal. Abang Buat Dek Je Sehingga Mak Bagitau Yg Selama Ni Abang Telah.....

 

 

 

 

 Ayah Meninggal. Abang Buat Dek Je Sehingga Mak Bagitau Yg Selama Ni Abang Telah….. | Nama aku Farah. Keluarga ku panggil aku fara. Aku mempunyai seorang abang dan kakak. Kakak aku sulung, dan abang aku anak kedua. Dan semestinya aku yang bongsu. Ayah aku seorang pensyarah. Dan mama aku suri rumah. Ayah aku seorang yang penyayang. Sayang dia lagi lebih dari mama aku. Risau dia lagi lebih dari mama aku.



Sekadar Gambar Hiasan.

Aku masih belajar. Yeah. Aku seorang student iium. Apa yang aku hendak ceritakan disini adalah berkaitan dengan abang aku. Nama dia kita panggil sahaja angah. Angah seorang yang independent. Dari kecil sampai sekarang. Hidup dia tidak pernah menyusahkan orang lain. Tetapi yang menjadi masalah, dia suka menyendiri.
Antara kami adik beradik, hanya angah yang tinggal di asrama. Jauh pula tu. Angah jenis suka duk jauh. Kadang kadang aku terfikir, tidak ada kerinduan ke di dalam hati dia. Rindu keluarga. Rindu mama ayah ,rindu rumah. Hati angah kadang kadang amat keras. Dia pemarah. Dia juga suka memberontak. Apa yang tidak kena, dia akan cakap. Apa dia tidak suke, dia akan cakap dan lari darinya. Dia juga pernah cakap kepada aku, prinsip dia, suka duk jauh. Ah aku pening fikirkan prinsip hidup dia.
















sumber sayaluvislam

Sabtu, 11 Februari 2017

KEPERLUAN HIDUPKAN API SEMASA BACKPACKING




Menyalakan api unggun adalah sebuah cara yang efektif untuk mencegah hipotermia, dapat mengeringkan pakaian basah dan gear serta  jika anda terjebak dalam hujan lebat.

peringatan
1. Pastikan tempat itu lapang untuk membangun api di daerah padang gurun di mana anda berkemah.
2. Masukkan habuk kayu kering dalam plastik, sealable kedap udara ketika backpacking di daerah basah. habuk kayu ini akan membantu anda untuk membakar  kayu basah. Sebagai  starter pemetik api.
3. mancis kalis air , dan menyimpannya  dalam plastik kedap udara sebagai tambahan peralatan.
4. Carilah di bawah kawasan berbatu atau di bawah semak-semak untuk kayu kering atau separuh kering. Kumpulkan kayu yang cukup untuk persediaan sebelum anda menyalakan api.
5. Gunakan fire starter atau kayu untuk menyalakan  api.
6. Pastikan Anda memiliki banyak habuk kayu atau ranting kecil untuk membuat  api kecil anda. Hidupkan api dengan fire starter,api akan menyala baik tetapi akan terbakar sangat cepat jika Anda tidak menambahkan sesuatu yang seperti kayu kering/separuh kering untuk memastikannya terus menyala.

7. Baringkan peralatan/pakaian yang basah dekat api dan mengeringkannya sebelum digunakan.
8. Tunggu hingga anda memiliki tempat tidur dari sisa bara api/arang sehingga tempat anda tidur jadi lebih kering sebelum mencuba untuk membakar kayu basah. Anda dapat membuat tempat tidur yang bagus dari arang dengan membakar batang kayu kecil dan menjaga nyalaan api.
9. Bersabarlah dalam membuat api, tapi tetap percaya. karena kegiatan ini akan  mengambil banyak waktu untuk menyalakan  api saat keadaan sedang  hujan, tapi dengan pilihan material  yang tepat, segalanya mungkin masih boleh dilakukan.
Petunjuk:
Menguji kelembapan kayu  dengan  mematahkan tongkat atau ranting untuk melihat kekeringan kayu. Jika terasa garing, harus cukup kering di bagian dalamnya supaya boleh digunakan untuk  membakar atau membuat api unggun.
Gunakan pisau untuk meraut kayu atau ranting sampai anda mendapatkan bagian kayu yang kering.
Bawalah peralatan backpacking yang baik dan serta gas bakar yang cukup. Jadi fuel stove yang dibawa jadi lebih efektif, karena anda akan jarang memakai fuel stove dan pada saatnya anda akan lebih memerlukan unggun api di kawasan tertentu, karena  pada dasarnya fuel stove memang lebih efisien untuk memasak dan merebus air bukan sebagai pemanas seperti api unggun.

Jangan pernah mematahkan ranting atau cabang dari pohon hidup, bahkan jika pohon sekiranya nampak sudah mati. Sebaiknya anda hanya menggunakan kayu yang telah jatuh di tanah karena ini termasuk perbuatan vandalisme, dan pastikan bahawa ditempat itu anda diizinkan untuk mengumpulkan kayu/ranting  jatuh di daerah camp yang anda kunjungi.
Jangan biarkan api unggun menyala  jika sudah tidak dipakai apalagi anda berkemah di kawasan pergunungan,  Hal ini  akan menjadi punca kebakaran hutan karena perlu ratusan tahun di daerah pegunungan untuk pulih dari api.

Sabtu, 28 Januari 2017

DIRASUK PONTIANAK DI KLIA2






Viral dilaman sosial menunjukkan seorang security dan seorang pramugari wanita dirasuk oleh pontianak di klia2,tidak dinafikan bukan hanya manusia yang berada di ats muka bumi ini malah kita berkongsi alam ini dengan makhluk ghaib,jadi kita seharusnya sentiasa berhati-hati dalam setiap tingkah laku dan perbuatan kerana makhluk ghaib sentiasa berada di sekeliling kita.

video pramugari yang dirasuk menunjukkan ada seorang lelaki yang kelihatan seperti tukang masak cuba memulihkan mangsa,jadi dalam keadaan seperti itu ilmu sangatlah penting bagi kita untuk menangani masalah seperti ini yang mungkin boleh terjadi kepada ahli keluarga kita sendiri,kerana itulah kita dituntut supaya sentiasa membaca doa apabila mahu membuat sesuatu perkara atau pekerjaan.

lihat video dibawah...



Jumaat, 27 Januari 2017

PENIPU KANTOI!


wanita ini ditangkap kerana menyamar sebagai peminta sedekah dan kurang upaya..inilah yang terjadi apabila ingin mencari duit dengan jalan yang mudah.

Ustaz Songsang

Ustaz Songsang Salam semua. Terbaca pasal kisah Adik Thaqif, memang sedih. Semoga si pelaku mendapat hukuman yang setimpal dan bertau...