Memaparkan catatan dengan label sosial. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sosial. Papar semua catatan

Sabtu, 29 April 2017

Ustaz Songsang

Ustaz Songsang

Salam semua. Terbaca pasal kisah Adik Thaqif, memang sedih. Semoga si pelaku mendapat hukuman yang setimpal dan bertaubat. Pasal siapa yang bersalah tu biarlah mahkamah yang menentukan. Cuma apabila mengetahui kisah tersebut, aku teringat kisah silam yg terjadi lebih kurang 20 tahun yg lampau sewaktu aku masih bersekolah rendah dengan seorang ustaz.
Kisah aku ni bukanlah pasal dera, tapi lebih kepada bahayanya golongan agama yang berpewatakan warak tetapi hakikatnya mempunyai perangai syaitan yang tersembunyi. Bagi aku orang2 sebegini lebih bahaya daripada penjenayah yang biasa sebab sekurang-kurangnya kita tidak terpengaruh dengan perwatakan alim dan warak lebih2 lagi dengan status seorang ustaz yang sememangnya dihormati masyarakat.
Aku seorang lelaki. Semasa kejadian aku masih bersekolah rendah. Ada seorang ustaz di sekolah aku. Nama beliau Ustaz Z. Pada masa itu beliau masih bujang, agak muda orangnya. Ustaz Z ni kalau secara luaran beliau nampak seperti ustaz2 biasa. Kadangkala berjubah, percakapan lembut dan memakai celak. Ustaz Z tidak mengajar subjek agama kelas aku tapi entah kenapa beliau agak berminat untuk rapat dengan aku. Mula2 dia mintak no telefon rumah aku. Dia selalu call aku malam2 berborak kosong dan katanya nak jadikan aku ‘adik angkat’. Siap suruh aku panggil dia ‘abang’. Kadang2 dia panggil aku ‘sayang’. Aku masa tu budak2 memanglah takde syak apa2. Siap bagitau mak ayah Ustaz Z ni jadi abang angkat. Mak ayah pulak ok je siap seronok ada ustaz tolong tgk2kan aku kat sekolah.
Kemudian Ustaz Z memang mengambil berat pasal aku secara berlebihan di sekolah. Gaya seorang ‘abang’. Nak dijadikan cerita, ustaz Z memilih aku untuk turut serta di program kem ibadah selama 3 hari 2 malam semasa cuti sekolah. Kem ibadah tu diadakan disebuah sekolah menengah berasrama penuh yang berdekatan.
Tempat tidur kami di kem ibadah tersebut adalah dorm asrama. Katil double decker.
Ustaz Z sebagai salah seorang ustaz yang bertanggungjawab mengawasi peserta kem tersebut juga bermalam disitu. Dia sengaja memilih untuk menjadi ustaz pengawas di dorm yang aku ditempatkan kerana menurutnya senang dia nak ‘menjaga’ aku. Malam pertama kem ibadah tersebut, aku tak boleh tidur. Biasalah masa tu pertama kali aku bermalam berjauhan dengan keluarga. Mata terkebil2 tak dapat nak lelap. Untuk pengetahuan semua, aku tidur di katil bahagian atas double decker.
Tiba2 aku perasan Ustaz Z memanjat katil aku. Aku berpura2 tidur. Dia baring disebelah aku. Aku dah pelik. Dan aku dapat rasa tangan dia merayap di bahagian kaki aku dan kebahagian punggung. Aku terpaksa tepis dan dia terkejut apabila mengetahui aku belum tidur lagi. Dengan muka selamba Ustaz Z turun katil aku dan beredar.
Sebagai seorang kanak2 pada masa itu, aku memang tak faham kelakuan sebegitu. Cuma adalah rasa pelik sikit. Pada malam kedua pula, aku memang agak letih sebab biasalah kem ibadah kami bangun awal untuk qiamulail dan tidur pula lewat. So, malam tu aku letak je kepala terus tidur nyenyak. Bila bangun je esok pagi, aku terkejut Ustaz Z bermalam bersama aku di katil yg sama dengan posisi dia memeluk aku! Bila teringat balik sekarang memang loya tekak aku ni.
Balik dari kem tersebut, aku menceritakan hal tersebut kepada mak aku. Mak aku tak menunjukkan sebarang reaksi akan tetapi tanpa pengetahuan aku, mak aku ceritakan hal tersebut kepada rakan beliau yang juga seorang guru yg mengajar di sekolah aku, Cikgu N. Mungkin Cikgu N kurang percaya dengan cerita mak aku tu so dia pun tak ambil apa2 tindakan. Maklumlah cerita ni berkaitan dengan seorang ustaz. Dihormati pula disegenap sekolah. Memang tak logik langsung kalau difikirkan. So hal tu berlalu macam tu saja.

Ustaz Z pulak selepas dari kem ibadah tersebut aku perasan dah renggang dengan aku dan beliau rapat pula dengan seorang kawan aku yang sebaya. Zaidi nama dia (bukan nama sebenar).
Hampir setahun berlalu. Tiba2 satu hari tu Cikgu N panggil aku. Kami berjumpa di Bilik Kaunseling sekolah. Cikgu N minta aku ceritakan secara detail kisah yang berlaku antara aku dan Ustaz Z semasa di kem ibadah hampir setahun yg lalu. Aku pun cerita jerla. Aku nampak Cikgu N mcm ambil keterangan aku secara bertulis.
Rupa2nya, aku dapat tahu yang Ustaz Z melakukan perkara yang sama dilakukan kepada aku kepada Zaidi tapi dengan perlakuan yang lebih teruk di tandas sekolah. Ayah kepada Zaidi buat laporan kepada pihak sekolah. Aku tak tahu apa berlaku kepada Ustaz Z tapi tak lama lepas tu dia pindah sekolah dan aku tak pernah berjumpa dengan dia lagi.
Tujuan aku bercerita hal ini bukanlah nak cerita yg negatif kepada golongan agama. Majoriti ustaz ustazah adalah baik2 belaka. Cuma kita haruslah sentiasa berhati2 dan tidak terlalu terpengaruh dan taksub dengan orang yang berperwatakan dan berpakaian ala2 alim dan warak ni. Ada segelintir mereka yang kemungkinan lagi teruk daripada kita. Bagi aku keadaan tu lebih bahaya sebab kita lebih susah nak menjangkakan perangai sebenar golongan2 yg nampak alim ni.
Awasi juga dengan siapa anak2 kita rapat dan jangan terlalu percaya kepada org luar yg rapat dengan anak kita walaupun secara luarannya orang tersebut nampak baik dan alim.
Kepada Ustaz Z aku harap beliau telahpun bertaubat nasuha dan kembali ke pangkal jalan. Kisah yg aku alami tu memang meloyakan jika aku teringat sekarang. Semoga anak2 aku dan anak2 kita semua dijauhkan dengan manusia2 seperti ini.
– Zamir Salim

Sumber asal IIUM Confessions - BM

Ahad, 12 Februari 2017

Aku Pelajar Medik. Satu Hari Bantu Ustaz Yg Sakit. Apa Yg Aku Dapat Buat Ramai TERKEJUT !!!

 Nama aku Wan. Assalamualaikum pembuka kata, Bicara kita di alam maya, Eh, apa lagi ni nak kata..? Aaaa, abes rosak pantun saya..hahahah Maaf2, aku x pandai sangat bermadah2 ni. Just panggil aku Wan (nama samaran kot). Cerita aku bukan hebat pun, biase2 je. Kalau nak baca, teruskan, kalau x nak, hmmmm, blh terus scroll fb masing2..hehehe




Aku sekarang duduk di negeri orang, bergelar sebagai pelajar perubatan. Aku bukan nak cerita pasal alat glucometer “doktor-pun terkejut-oh-mak-kau-merah jambu pink :P”. Eh, korang taw x pasal glucometer-doktor-terkejut ni? Kalau x taw, hmmm, x payah taw xpe.. abes kuota internet je kalau korang percaya.
Panjang betol intro.huhuhu. maaf2.

Ok, ni kisah aku. Biaselah, zaman sekarang ni memang perlu duit kan. Aku sebagai pelajar lagi lah. So, hari-hari memang aku kena bajetkan perbelanjaan aku. Biasenye purata penggunaan duit aku x sampai Rm10/hari. Eh, tu kira maksima la.
Tapi, walau macam mana sikit pun duit dalam poket, aku akan letak dalam tabung masjid/surau Rm1 setiap hari. Alhamdulillah, dah dekat setahun dah aku amal. Harap2 istiqamah la.hehehe
Nak dijadikan cerite, bulan ni aku memang lari bajet. Bukan lari sambil bajet dengan kesadoan yang ade (sado ke?hahaha), tapi xde duit la.hohoho. Hujung minggu lepas, masa aku baru nak sarapan makan roti Gardenia (roti putih tu la, xkan x kenal, tapi tu je aku mampu hahaha), ade ustaz mesej aku.

Ustaz : Salam akhi, kat ner sekarang?
Aku : Wassalam ustaz, ana dekat atas kerusi ni, baru nak makan roti. (Aku saje reply macam tu, sebab aku jenis yang bergurau.hahaha)
Ustaz : Free x sekarang? Boleh tolong ustaz?
Aku : (baru nk study lepas ni, sbb exam final bulan depan, tapi sebab ade orang minta tolong, aku iakan je) InshaAllah free ustaz. Ade ape ek ustaz?
Ustaz : Ustaz demam panas ni. Boleh tolong belikan panadol x sekarang?
Aku : InshaAllah ustaz, jap lagi ana gi rumah ustaz.

Aku pun check la duit dalam dompet. Berhuhuhu la aku pikir cmne nak beli, tapi xpelah, orang dah sakit dan minta tolong, tolong je la. Aku pun start la moto hitam pemberian abang aku ke kedai, beli panadol biasa dan actifast. Total Rm10. Abes bayar, terus aku brooooommmm rumah ustaz. (Korang jangan ingat aku bawa laju, sebab moto aku tu alignment tayar x betol, brek x makan.hahaha)

Sampai rumah ustaz, aku check la apa yang patut. Rupe-rupenye, bukan demam biase je, siap batuk darah, sakit dada, sesak nafas semua. Tengok2, symptom die teruk, so aku ajak la gi hospital jumpa doktor. Dalam hati aku nak suruh die warded hahaha. Tapi ustaz xnak pergi. Terpaksa la aku guna teknik magic mirror auto reflex petala langit kuasa 89. Sebelom ni ustaz ceramah aku, waktu tu aku ceramah ustaz. Akhirnye ustaz kalah dengan aku, dan kitorang pergilah hospital.

Sampai emergency, daftar semua. Mak aihhh, ramai betol orang dekat emergency. Maklumlah mase tu kan cuti Raya Cina. Sebenarnye boleh je aku guna “pass” aku sebagai pelajar perubatan situ untuk by-pass dan terus jumpa doktor, sebab doktor bertugas pun aku kenal, tapi dah memang sistem A&E buat saringan triage, maknanye die akan dahulukan yang terutama daripada utama. Paham x? Maknenye yang sakit teruk lagi awal la akan jumpa doktor. Aku bukan macam korang yang sikit-sikit nak viral kalau kena tunggu. Hohoho. Tunggu punya tunggu, akhirnye tengahari baru dipanggil masuk, check punye check, buat ujian darah semua, ECG, CXR, doktor cakap x perlu warded. Doktor cakap boleh berehat di rumah. Sukalah ustaz waktu tu.hahaha. Dekat waktu Asar baru kitorang balik rumah. Abes sehari aku x study hahaha. Tapi xpelah, dah aku keje nanti pun, tolong orang macam ni lah keje aku. InshaAllah hehhee.

Ok, korang cuba ingat balik yer. Tadi aku baru nak makan sarapan. Baru sempat gigit sekeping roti. Lepas tu beli panadol Rm10. Dekat hospital, sebab x makan lagi, aku pun beli lah roti dan air untuk aku dan ustaz sebagai alas perut waktu pagi, Rm10. Xkan nak makan nasi sambil tunggu turn dekat emergency.hahaha.
Tengahari macam tu sebab dah hypo, ustaz bagi aku Rm10 untuk beli air dan buah. So kalau ikut kiraan budak darjah 3 sini, kire aku guna lebih Rm5 la kan.hahaha. Bukan aku berkira/kedekut, tapi ni lah nak bagitahu korang semua. Aku x nak pikir banyak pasal duit aku spent kat ustaz, sebab die guru aku. So aku buat dek je la.hahaha

Tengok2, harga minyak naik. Terkesan wehh. Aku paham perasaan belia semua, marah, benci, dendam kesumat, nak maki hamun, tapi semua tu aku simpan je dalam hati. Kalau korang mencarut dalam fesbuk kat die (who-name-should-not-be-mentioned), bukan harga minyak turun pun. Kalau korang nak Malaysia ni maju, berkebajikan, tulus ikhlas sesuci murni kain putih ibarat bayi baru lahir, korang pun kena lah ubah diri sendiri. Ni x, korang pun lebih kurang je perangai, suruh kawan proxy attendance, member punch card, bagi 50 dekat polis kalau kena saman, and etc. Korang nk pemimpin berubah, tapi korang x nak berubah ke arah kebaikan. Hmmmm. Aku istighfar je lah.

Ok balik kepada cerite hahaha. Dua tiga hari lepas, aku pun tanyalah ustaz samada die free x, sebab aku nk ziarah kejap. Boleh pula ustaz mntak aku teman die ke kuliah. Niat nak ziarah kejap je, tengok-tengok kena ikut kuliah sekali hahha. Rupenye die ajak aku teman sebab die x larat nak drive, letih lagi. So aku kire jadi peneman dan juga driver la hehehe. Xpe, kita tolong orang selagi mampu.

Habis kuliah, ustaz minta aku berhenti warung tepi jalan. Nak borak-borak katanya. Aku pun drive slow-slow cari kedai. Sampai je kedai, order la apa yang patut. Sambil borak-borak, sembang-sembang. Lepas habis makan, kena bayar la kan. Xkan nak blah gitu je. X sempat aku nak bayar, ustaz dah bangun dulu untuk bayar. Aku cuba bangun, tapi ustaz tolak aku duduk. Maka, aku duduk je lah tengok ustaz bayar. Masa nak naek kete plak, tibe-tibe ustaz cuba letak sekeping wang kertas dalam poket aku. Aku cuba tepis guna ilmu tai chi aku, tapi ustaz guna jurus wong fei hung, kalah aku, maka terpaksalah aku terima duit tu. Ustaz cakap, “apalah sangat duit ni, nak dibandingkan masa enta kat ana”. Perghhh, terharu. Huhuhu

Balik rumah, aku tengok not Rm50. Wahhh, syukur alhamdulillah. Dah la ustaz belanja makan, dapat extra Rm50 plak tu. Maka betollah, jika kita tolong orang, kebaikan kita akan digandakan 10 x ganda. Mungkin bagi korang sikit je ni, tapi bagi aku, boleh hidup seminggu dengan Rm50 hehehe.
Tu je lah cerita aku. Xdelah gempak sangat. Aku just nak share, berebutlah kita berbuat kebaikan dan kebajikan. Dan cintailah tugas/keje kita, barulah kita dapat bertugas dengan aman.hehehe
Ok bye korang, aku nak study untuk final. Doakan aku yer. Terima kasih (^_^). –

-Wan- via IIUM.

sumber sayaluvislam

Ustaz Songsang

Ustaz Songsang Salam semua. Terbaca pasal kisah Adik Thaqif, memang sedih. Semoga si pelaku mendapat hukuman yang setimpal dan bertau...