Memaparkan catatan dengan label blog.tips. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label blog.tips. Papar semua catatan

Ahad, 14 Mei 2017

Tips Cepat Kuruskan Badan..

DIKONGSI DARIPADA NUR FARIHAN BT IDRIS..

Seperti orang lain (yang mempunyai masalah obesiti) saya juga punya keinginan untuk menurunkan berat badan. Cita-cita untuk kurus sudah lama ada, sejak dibangku sekolah lagi. Namun kalau cuma pasang impian tapi tiada usaha memanglah tak ada hasilnya.


Saya sering berpendapat, mustahil untuk kurus kerana memang sejak kecil saya berbadan bulat. Setiap kali balik kampung saya akan ditegur dan diperli orang tentang saiz badan saya. Perasaan sedih dan marah tu pastilah ada. Tapi apa boleh buat, saya telankan saja. Berat badan saya makin bertambah setiap tahun hingga mencecah ke angka 100kg lebih. Baju dan seluar bukan senang nak cari, kalau ada pun tak banyak pilihan.
Tahun 2009 saya pernah cuba untuk kurus. Ibu bapa saya yang menyuruh saya bersenam kerap. Saya pergi ke gym tanpa ada ilmu langsung tentang bagaimana cara untuk bersenam dan berdiet dengan betul. Bayangkan, siang saya ke gym, malam pula saya makan dengan sangat banyak kononnya lemak dibadan dah disingkir sewaktu berada di gym.
Keputusannya? Memang saya tetap gemuk dan berat badan saya takpun turun. Waktu tu sangat kecewa dan saya rasa usaha saya langsung tak membuahkan hasil (walhal cara saya yang salah).
Awal tahun 2013, sekali lagi hati saya terdetik untuk kurus apabila secara tak sengaja saya terbaca tentang perkongsian kisah kejayaan menurunkan berat badan (di Facebook dan website Kevin Zahri).
Saya sangat teruja dan gembira dengan perkongsian mereka. Kadang tertanya-tanya juga, betul ke apa yang saya baca, seperti tak percaya ada orang yang berjaya turun berkilo-kilo hanya dengan menjaga makan dan bersenam.
Jadi bermula dari situ setiap hari saya memperbanyakkan bahan bacaan tentang cara untuk menurunkan berat badan dan cara untuk menjaga serta memilih pemakanan harian.
Amalan gaya hidup sebelum berubah? Fast food adalah antara tempat kegemaran saya. Pantang ada duit, saya akan laburkan pada makanan. Lebih-lebih lagi waktu di universiti dulu, makan memang salah satu dari hobi saya. Bayangkan setiap hari saya akan makan 2 bungkus nasi lemak berlauk ayam. Air manis tu semestinya perlu dan saya sangat gemar makan coklat. Sayur-sayuran lansung tidak dipandang. 
kebanyakan info yang saya perolehi adalah melalui internet. Seperti di youtube, facebook dan blog-blog kesihatan seperti blog Kevin zahri. Masa tu saya terjumpa info di cekodok.com dan dari sini saya mula belajar mengira kalori seharian saya. Kemudian saya akan rajinkan diri untuk membaca segala soal-jawab tentang “diet sihat” di website & Facebook Kevin Zahri. Melalui pembacaan saya kumpul segala maklumat, saya catit mana yang penting. Jika ada persoalan yang saya tidak faham, saya akan bertanya terus beliau melaui email di laman Facebook.
Dan saya berterima kasih kepada cikgu Kevin kerana mewujudkan ruangan Kisah Kongsi Kejayaan di website beliau yang mana telah banyak menolong saya untuk menjadi lebih kuat dan bersemangat setelah membaca perkongsian dari sahabat-sahabat yang telah berjaya. Oleh sebab itu saya juga berazam ingin sama membantu & berkonsi pengalaman kepada kawan-kawan diluar sana yang ingin menurunkan berat badan.

Menu Diet yang Farihan amalkan?

Seminggu sekali akan ada “cheat day” sebagai ‘reward’
Saya makan sumber-sumber semulajadi seperti ayam, ikan, buah, sayur-sayuran yg dimasak sendiri. saya lebih selesa masak sendiri dirumah berbanding makan diluar kerana kita boleh mengawal sukatan garam, gula, minyak dan sebagainya.
boleh kukus, grill, bakar, rebus :)
7am: Sarapan saya mkn roti wholegrain brsama telur sebiji. air green tea.
10am: Makan epal sebiji.
12pm: Lunch saya mkn nasi kurang segenggam, sayuran, ikan atau ayam bakar seketul.
3pm: Kunyah kekacang. sebab kcg mengandungi lemak baik.. dua baris jari tangan kita pun dah cukup (lebih kurang 10-12 biji)
6pm: Dinner pula brgantung pada rutin saya. kalau hari tu saya bersenam di gym saya akan minum susu bersama oat ATAU makan ayam/ikan brsama sayur.
Seminggu sekali akan ada “cheat day” sebagai ‘reward’ (saya suka manisan, jadi saya akan reward diri saya dengan coklat) tetapi tidaklah makan mengikut nafsu, masih dalam kawalan)

Senaman: Macam-macam!

Saya akan melakukan senaman seperti jogging, swimming, cycling, skipping, walking, tak kisah apa-apa pun setiap hari kecuali hujung minggu kerana waktu itu adalah hari untuk badan saya berehat.
Rutin senaman saya di gym pula ialah gabungan antara kardio dan weight lifting (angkat berat). Saya akui senaman angkat berat amat membantu dalam menurunan berat badan saya dan juga dapat mengelakkan kulit di bahagiaan tertentu menjadi lembik (menggelebeh) setelah penurunan berat badan. (selalunya di alami oleh mereka yang terlampau gemuk seperti saya)
…bila saya lihat kejayaan orang lain kurus tanpa produk kurus, saya rasa yakin yang saya juga mampu lakukan.

Tanpa Produk Kurus

Saya tidak mengambil sebarang produk kurus kerana kurang percaya. Tambahan pula, bila saya lihat kejayaan orang lain (kurus tanpa pengambilan pil atau produk kurus), saya rasa yakin yang saya juga mampu lakukan. Bagi saya, walaupun kita makan pil kurus kita masih perlu menjaga pemakanan dan juga bersenam. Maka saya pilih untuk melabur duit saya pergi ke gym daripada membeli produk/pil kurus.

5 Tip Mudah Untuk Kurus?

Tips ringkas dari segi pemakanan:
  1. Kurangkan atau kalau boleh elakkan gula, garam, minyak, makanan bersodium tinggi, processed food (daging burger,nugget,fried fries dll), fast food (mcd, kfc dll)
  2. Makan sumber-sumber semulajadi. Seperti ayam, ikan, buah-buahan dan sayur-sayuran.
  3. Makan kerap tetapi dalam portion yang sedikit. Kurangkan pengambilan karbo. Make sure nasi kurang segenggam. Lebihkan sayur-sayuran.
  4. kalau rasa nak mengunyah, kekacang adalah sumber lemak yang baik. (cukup sekadar 10 hingga 12 biji)
  5. Perlu tahu pengertian/maksud DIET yang sebenar. Kerana ada sesetengah persepsi beranggapan bahawa diet itu perlu berlapar. TIDAK!
  6. Lupakan terus air bergas/berkarbonat. Banyakkan minum air kosong atau green tea.

Motivasi dan nasihat:

  1. Paling penting, 80% kurus adalah dari penjagaan makanan, 20% senaman akan mmbantu mmpercepatkan proses kurus. Maknanya andai kita bersenam setiap hari pun tapi pemakanan harian tidak dijaga/dikawal sememangnya agak susah sedikit.
  2. Rajinkan diri untuk membaca info-info berkenaan kesihatan dan diet yang betul. Kalau rasa nak mengalah, cepat-cepat baca kisah kejayaan orang yang boleh lakukan. (jika mereka boleh, takkan kita tak boleh kan).
  3. Rajin bertanya. Kalau tak faham, boleh bertanya atau boleh juga membaca di ruangan soal-jawab di website/facebook kevinzahri dan satu lagi website yg bagus iaitu SusuSejat.
  4. Jangan terlalu memaksa badan untuk cepat kurus. Ini akan menyebabkan badan cepat berasa bosan dan stress. Apabila stress, proses penurunan berat akan terganggu.
  5. Kena ingat, kita gemuk bertahun-tahun takkan nak kurus dalam masa seminggu. Sabar.
  6. Untuk kekal bersemangat, banyakkan membaca kisah kejayaan orang yang telah berjaya.
Alhamdulillah syukur. Hari ini saya tidak lagi berada di tahap obes seperti dahulu, namun masih banyak lagi yang perlu saya belajar.Masih banyak lagi yang saya tak tahu tentang dunia Fitness.
Saya suka bersenam dan kalau boleh saya nak mencuba pelbagai jenis sukan yang saya tak boleh buat sebelum ini (kerana faktor obes). Saya bersyukur kerana diberi peluang untuk mengubah gaya hidup saya yang dulu kepada gaya hidup yang lebih aktif dan positif.
Jangan berfikir negatif … “Everybody have their own struggles”
Apa-apapun, tidak bermakna orang yang berbadan ‘besar’ itu tidak sihat. Saya yakin kita semua mahukan kehidupan yang lebih baik.
Jangan berfikir negatif dan hapuskan sikap stereotype terhadap orang lain. “Everybody have their own struggles”. Sedangkan kita pun tidak begitu sempurna. Sama-sama kita saling bantu membantu dan sentiasa bercakap perkara-perkara yang positif.



SUMBER ASAL kevinzahri

Sabtu, 11 Februari 2017

KEPERLUAN HIDUPKAN API SEMASA BACKPACKING




Menyalakan api unggun adalah sebuah cara yang efektif untuk mencegah hipotermia, dapat mengeringkan pakaian basah dan gear serta  jika anda terjebak dalam hujan lebat.

peringatan
1. Pastikan tempat itu lapang untuk membangun api di daerah padang gurun di mana anda berkemah.
2. Masukkan habuk kayu kering dalam plastik, sealable kedap udara ketika backpacking di daerah basah. habuk kayu ini akan membantu anda untuk membakar  kayu basah. Sebagai  starter pemetik api.
3. mancis kalis air , dan menyimpannya  dalam plastik kedap udara sebagai tambahan peralatan.
4. Carilah di bawah kawasan berbatu atau di bawah semak-semak untuk kayu kering atau separuh kering. Kumpulkan kayu yang cukup untuk persediaan sebelum anda menyalakan api.
5. Gunakan fire starter atau kayu untuk menyalakan  api.
6. Pastikan Anda memiliki banyak habuk kayu atau ranting kecil untuk membuat  api kecil anda. Hidupkan api dengan fire starter,api akan menyala baik tetapi akan terbakar sangat cepat jika Anda tidak menambahkan sesuatu yang seperti kayu kering/separuh kering untuk memastikannya terus menyala.

7. Baringkan peralatan/pakaian yang basah dekat api dan mengeringkannya sebelum digunakan.
8. Tunggu hingga anda memiliki tempat tidur dari sisa bara api/arang sehingga tempat anda tidur jadi lebih kering sebelum mencuba untuk membakar kayu basah. Anda dapat membuat tempat tidur yang bagus dari arang dengan membakar batang kayu kecil dan menjaga nyalaan api.
9. Bersabarlah dalam membuat api, tapi tetap percaya. karena kegiatan ini akan  mengambil banyak waktu untuk menyalakan  api saat keadaan sedang  hujan, tapi dengan pilihan material  yang tepat, segalanya mungkin masih boleh dilakukan.
Petunjuk:
Menguji kelembapan kayu  dengan  mematahkan tongkat atau ranting untuk melihat kekeringan kayu. Jika terasa garing, harus cukup kering di bagian dalamnya supaya boleh digunakan untuk  membakar atau membuat api unggun.
Gunakan pisau untuk meraut kayu atau ranting sampai anda mendapatkan bagian kayu yang kering.
Bawalah peralatan backpacking yang baik dan serta gas bakar yang cukup. Jadi fuel stove yang dibawa jadi lebih efektif, karena anda akan jarang memakai fuel stove dan pada saatnya anda akan lebih memerlukan unggun api di kawasan tertentu, karena  pada dasarnya fuel stove memang lebih efisien untuk memasak dan merebus air bukan sebagai pemanas seperti api unggun.

Jangan pernah mematahkan ranting atau cabang dari pohon hidup, bahkan jika pohon sekiranya nampak sudah mati. Sebaiknya anda hanya menggunakan kayu yang telah jatuh di tanah karena ini termasuk perbuatan vandalisme, dan pastikan bahawa ditempat itu anda diizinkan untuk mengumpulkan kayu/ranting  jatuh di daerah camp yang anda kunjungi.
Jangan biarkan api unggun menyala  jika sudah tidak dipakai apalagi anda berkemah di kawasan pergunungan,  Hal ini  akan menjadi punca kebakaran hutan karena perlu ratusan tahun di daerah pegunungan untuk pulih dari api.

‘’Duit Boleh Dicari, Harta Boleh Dibeli, Tapi Sesungguhnya, Ibu Bapa Tiada Ganti’’

Abah & Boy Assalamualaikum & Salam Sejahtera warga IIUMC. Terima kasih admin kerana sudi menyiarkan kisah yang tak seberapa ...