Khamis, 18 Mei 2017

‘’Duit Boleh Dicari, Harta Boleh Dibeli, Tapi Sesungguhnya, Ibu Bapa Tiada Ganti’’

Abah & Boy



Assalamualaikum & Salam Sejahtera warga IIUMC.

Terima kasih admin kerana sudi menyiarkan kisah yang tak seberapa ini. Maaf juga kerana coretan ini agak panjang. Nama saya Cahaya, berusia lewat 20-an, dan mempunyai 7 orang adik beradik. Saya merupakan anak ke-5 dan mempunyai 2 orang lagi adik lelaki berusia awal 20-an. Kami dibesarkan dalam keluarga bahagia yang hidup serba sederhana. Alhamdulillah walaupun tak mewah, tapi makan pakai semua cukup. Abah seorang yang tegas terutamanya dalam pelajaran anak-anak. Abah mahu kami jadi manusia yang berguna & abah tak nak nanti anak-anak salahkan abah jika gagal dalam pelajaran. Mak pula seorang yang lembut, pendengar yang setia, dan isteri yang taat kepada abah.

Tahun berganti tahun, kami 5 beradik yang atas-atas semua dah bekerjaya dan masing-masing sudah berumah tangga. Tinggallah adik lelaki kami 2 beradik yang masih belajar. Seorang sudah setahun tamat Diploma dalam bidang kejuruteraan yang saya namakan ‘’Boy’’ manakala si bongsu yang saya panggil ‘’Dek’’ baru semester 3 sarjana muda kejuruteraan di sebuah IPTA. Adik saya si ‘Boy’ ingin menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi, namun masih belum rezeki. Dah 2 kali permohonannya ke IPTA gagal walaupun resultnya bagus. Kami tahu dia stress kerana 2 kali permohonan itu ditolak. Namun kami percaya semuanya berhikmah & segala perancangan ALLAH itu adalah terbaik. ‘Boy’ ni rajin masak, buat kek & kuih, rajin bercucuk tanam, rajin berbisness, serba serbi rajin tapi bukan lembut ye, abang sado tau. Hehehe Kalau buat kek perghhh sedap sangat nak-nak bila ‘Boy’ buat kek hantu! Boleh naik hantulah bila makan.

Belum sampai setahun ‘Boy’ menganggur, abah sakit. Abah sudah tidak boleh memandu lagi. Jadi ‘Boy’ yang uruskan semuanya terutamanya untuk membawa abah & mak keluar. Untuk pengetahuan pembaca, abah, mak & ‘Boy’ duduk dikampung manakala kami adik beradik yang lain duduk di Kuala Lumpur. Sejak abah sakit, puas kami pujuk supaya abah & mak tinggal bersama kami adik beradik di KL. Tapi abah menolak kerana lebih selesa duduk di kampung. Kami akur dengan kehendak abah. Kami adik beradik lain akan balik ke kampung bila hujung minggu atau bila ada cuti. Jadi segala urusan dikampung ‘Boy’ yang uruskan termasuklah membawa abah ke KL untuk berubat. Jika di KL, abah dan mak akan duduk dirumah kami semua secara bergilir-gilir.

Nak dijadikan cerita, bulan lepas abah sakit & semakin teruk. Kami hantar abah ke hospital & abah ditahan selama hampir 2 minggu. Kami adik beradik bergilir-gilir menjaga abah,kami tak bagi mak jaga abah, cukuplah mak datang masa melawat sahaja kerana taknak mak punya tekanan darah naik. Tetapi untuk shiff malam, dalam jam 11/12 malam ‘Boy’ dan ‘Dek’ yang akan bermalam di hospital untuk jaga abah. Selepas seminggu abah di hospital, ‘Dek’ terpaksa balik semula ke kampus kerana ‘Dek’ dah nak exam.

Semasa saya menjaga abah, abah ada berkata sambil menahan air mata‘’ bagus ‘Boy’, tak pernah tidur masa jaga abah, tak pernah merungut langsung semasa menjaga abah walaupun salin pampers abah 6-7 kali satu malam, tak pernah cakap kasar-kasar, tak pernah mengeluh apa-apa pun, ‘Boy’ anak yang soleh, abah ada anak-anak yang soleh & solehah.
Ya Allah, sedih rasanya bila abah kata begitu. Abah, tak perlu berterima kasih pada kami semua. Kami semua takkan dapat nak balas segala jasa dan budi mak abah dalam melahirkan, membesarkan, menjaga & mendidik kami sampai kami semua berjaya.

Ketahuilah kami semua tak kan biarkan abah sendirian, kami semua ada dibelakang abah,kami tak pernah & takkan jijik uruskan abah. Sepertimana abah & mak jaga kami dengan baik dan penuh kasih sayang waktu kami kecil, begitulah kami akan jaga mak dan abah, In Shaa Allah. Alhamdulillah, sekarang abah dah semakin pulih dan semakin sihat. Doktor kata semangat dari keluarga sangat penting untuk pesakit pulih. Alhamdulillah, syukur pada-MU Ya Allah, tiada kata lain yang mampu di ucapkan tatkala melihat perkembangan positif abah.



Buat adikku, mungkin inilah hikmahnya ‘Boy’ belum berpeluang mengejar cita-cita ‘Boy’. Allah bagi ‘Boy’ peluang untuk kejar saham akhirat dulu, berbakti pada mak abah kita. ‘Boy’ memang anak & adik yang baik, rajin, sangat bertanggungjawab & penyabar. In shaa allah ‘Boy’ akan ada rezeki terbaik buatmu walaupun belum rezeki nak sambung belajar, tapi kakak percaya, ALLAH dah aturkan perjalanan yang terbaik buat ‘Boy’. Terima kasih banyak-banyak ‘Boy’ kerana jadi kaki,tangan,mata & telinga untuk mak abah kita di kampung. Moga Allah mempermudah perjalanan hidupmu & kakak doakan satu masa nanti akan hadir jodoh yang terbaik buat ‘Boy’ dan keluarga kita, In Shaa Allah.

Buat para pembaca sekalian, jika anda masih mempunyai orang tua, hargai & sayangilah mereka, selagi anda berpeluang untuk berbakti pada mereka, berbaktilah. Jangan sampai suatu masa nanti anda menyesal tak rebut peluang menjaga mereka sebaik-baiknya. Seburuk-buruk perangai ibu bapa kita dulu, mereka berdua tetap ibu dan bapa kita. Tanpa mereka, kita takkan lahir ke dunia ini. Rasulullah SAW bersabda: “Keredhaan Allah berada dalam keredhaan orang tua dan kemurkaan Allah berada dalam kemarahan mereka.” (Hadis riwayat at-Tirmizi daripada Abdullah bin Amru bin ‘Ash)

‘’Duit Boleh Dicari, Harta Boleh Dibeli, Tapi Sesungguhnya, Ibu Bapa Tiada Ganti’’

-Cahaya-

Sumber asal IIUM Confessions - BM


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ustaz Songsang

Ustaz Songsang Salam semua. Terbaca pasal kisah Adik Thaqif, memang sedih. Semoga si pelaku mendapat hukuman yang setimpal dan bertau...