Sabtu, 29 April 2017

Misteri Cacing Gergasi..

Misteri Cacing gergasi Di Jepun


Dalam dunia ni banyak terdapat spesis binatang dan makhluk2 yang kadang sangat misteri kerana kita jarang kadang langsung tak pernah lihat. Itulah ciptaan tuhan yang maha agung.

Semua makhluk2 aneh ni kadang dikatakan dilihat di dasar laut, darat tak kurang juga yang tertanam jauh kedalam tanah.

Bak kata pepatah ulat dalam tanah pun boleh hidup begitu juga cacing yang menjadi peneman setia kita esok dialam fana aka alam barzah. Wallahualam.

Tetapi apa yang nak diceritakan kali ni bukan sebab cacing dalam lubang kubur tetapi kewujudan cacing gergasi yang menjadi kepercayaan sebahagian rakyat Jepun.

Salah satu hotspot tempat yang menjadi lagenda cacing gergasi ni dikatakan terdapat di Hyogo, di Pulau Honshu, yang mempunyai banyak cerita2 sejarah tentang cacing yang pernah mempunyai ukuran melebihi 1.5 meter hingga 2 meter (5 -6.5 kaki) panjang dan kadang-kadang lebih lagi(wah panjang umpama ular!).

Diceritakan ada tahun 1712, di wilayah Tamba (kini sebahagian daripada wilayah Hyogo) dikatakan pernah terjadi kejadian tanah runtuh yang besar berlaku di sebuah kampung, semasa itu keluarlah 2 ekor cacing tanah gergasi ditemui dalam celah2 runtuhan. Salah satu cacing ini berukuran 1.5 meter (5 kaki) panjang, manakala yang satu lagi adalah lebih besar lagi, anggaran 3 meter (10 kaki) panjang.

Satu lagi kejadian agak moden mengenai cacing ini  dikatakan dijumpai oleh seorang petani dikawasan Mikata-gun, yang terletak di pergunungan Hyogo, pada tahun 1996.
Saiz cacing berukuran 1 meter (3.3 kaki) panjang dan 2 cm (0.8 inci) tebal yang ketika itu petani itu berkata dia tengah menanam pokok dan semasa menggembur tanah itulah cacing itu keluar. Terkejut petani itu kerana inilah kali pertama dia terjumpa cacing sebesar ular itu.

Kawasan-kawasan lain di Pergunungan wilayah Hyogo

Kemunculan cacing gergasi ini juga ada dilaporkan dibeberapa kawasan lain di Jepun. Contohnya di Okayama seorang wanita dikatakan melihat cacing sepanjang 3 meter (10 kaki) panjang semasa bercucuk tanam menanam sayur dikebunnya. Cacing itu keluar kerana dikatakan mengganggu habitatnya disitu.

Seorang lagi petani lain di wilayah yang sama yang ketika itu mencangkul tanah, tercangkul seekor cacing besar hingga terputus dua semasa diladangnya. Cacing itu dianggarkan berukuran 3.5-4 meter (11.5 13 kaki) panjang.

Banyak lagi kemunculan cacing2 yang luar biasa besarnya dilaporkan. Paling kecil pun berukuran antara 60 cm (2 kaki) yang banyak terdapat disekitar Okayama, Pulau Shikoku, di semenanjung Izu , Semenanjung Kii, dan wilayah Nara.

Di wilayah Fukuoka

Ada juga laporan mengenai cacing gergasi diwilayah Fukuoka iaitu berhampiran pulau Kyushu. Pada tahun 1997, seorang lelaki bernama Ou Sato dan rakannya ternampak sesuatu yang ganjil bergerak2 berhampiran tepi sungai yang ketika itu mereka sibuk menjala ikan. Mereka sangka itu ikan tetapi pelik kerana panjang jadi mereka ingat belut atau ular. Semasa menghampirinya mereka terkejut apabila melihat seekor cacing berkulit licin coklat bersaiz 30 cm (1 kaki) panjang dan 20 cm (8 inci) diameter lebar berkilauan kulitnya. "Ianya besar berwarna coklat kulitnya licin coklat seperti "sosej pecah" Tidak ada tulang atau apa. Tetapi cacing itu dikatakan telah mati. Pada mulanya mereka ingin bawa pulang untuk ditunjukkan kepada orang2 kampung namun apabila cacing itu licin, berlendir dan busuk kerana telah menjadi bangkai beberapa hari jadi mereka biarkan saja hanyut disungai tu.

Pernah juga pada tahun 1970, saksi seorang petani di wilayah Kyushu yang ketika itu membajak tanah terkejut apabila melihat cacing besar sebesar tiang lampu keluar dari dalam tanah. Pada mulanya dia ingat benda itu ular namun ianya bukan kerana berkulit licin berjalur seperti cacing. Dia menjerit memanggil dua orang rakannya berhampiran mereka bertiga terkedu melihat cacing yang sangat luar biasa besarnya menguit-nguit dari dalam tanah. Panjangnya kira-kira 1 meter, lebar sebesar tiang lampu jalan raya bewarna coklat gelap, licin berjalur2.

Oleh kerana mereka sangat terperanjat dan terkedu, perlahan-lahan cacing itu bergerak semula masuk semula kedalam tanah. Sejak itu cacing itu tiada lagi kelihatan dikawasan itu.

Malah selepas kejadian gempa bumi dahsyat dibumi Tōhoku pada 11 Mac 2011, dikatakan satu lagi gempa bumi di wilayah Sendai berlaku menyebabkan pergerakan tanah  jadi kelihatan cacing yang besar turut sama keluar dari dalam tanah sejurus selepas gempa bumi itu.
Mereka ingatkan pada mulanya ular yang keluar namun rupanya cacing besar bukan satu malah 10 ekor yang mengemut-mengemut keluar bersaiz antara 2 meter (6.5 kaki) panjang. Cacing itu juga dikatakan mati tidak lama selepas gempa bumi itu.

Bagaimana cacing sebesar ini boleh hidup di Jepun?

Spesies besar  yang paling lama hidup di Jepun dikenali sebagai cacing tanah "Seibold" (Pheretima sieboldi), yang panjang biasanya antara 25 ~ 28 cm (9.8 ~ 11 inci), malah ada juga antara 40 cm (kira-kira 16 inci) panjang atau lebih dilaporkan  hidup dan pernah dijumpai penduduk yang kebanyakkannya adalah petani yang sibuk menggembur tanah yang dikatakan mengganggu cacing2 ni.
Beberapa jenis cacing ini juga dijumpai kawasan wilayah Nara, serta pulau-pulau Ryukyu selatan bersaiz  40 hingga 50 cm (16 ~ 19.6 inci) panjang.

Jadi apa yang misterinya cacing ini? Saiznya yang sangat besar dan sukar dijumpai pada masa sekarang dan ramai antaranya menganggap itu hanya mitos dan fantasi bagi menjadi tarikan dunia luar.

Adakah hanya di Jepun saja cacing gergasi ni ada?

Tidak. Ada juga spesis cacing gergasi terbesar dikenali sebagai cacing tanah gergasi Gippsland (Megascolides australis), yang hanya terdapat di lembah Bass River of South Gippsland di Victoria, Australia.

Cacing ini memang besar hingga boleh membesar bagai johan berukuran 3 meter (10 kaki), dan pernah mencatat pada 4 meter (14 kaki) panjang.

Ya memang ada tetapi kemunculan cacing ni sangat jarang kerana ianya tidak akan keluar melainkan diganggu atau ada terdapat pergerakan tanah sehingga mengganggu habitatnya.

Di negara jirannya juga New Zealand, terdapat satu lagi cacing besar yang dikenali sebagai cacing North Auckland (Spencerilla gigantea), yang berukuran panjangnya sehingga 1.4 meter (4.5 kaki). Cacing ni dikatakan menyeramkan kerana bercahaya dalam gelap.Ala2 cacing "glow in the dark".

"Gippsland Giant" Si Cacing Tanah yang besar


Di Amerika Syarikat juga mempunyai cacing gergasinya sendiri. "The Palouse" (Driloleirus Americanus) adalah jenis cacing tanah yang wujud di barat laut Amerika yang boleh mencapai panjang sehingga 1 meter (1.3 kaki) panjang, mungkin lebih lagi.

The Palouse adalah cacing tanah berwarna putih menarik warnanya namun sekarang dikatakan dah pupus. Last kelihatan adalah pada tahun 1980-an, namun pada tahun 2005, cacing ini dijumpai oleh seorang pelajar di University of Idaho semasa menggali tanah untuk projek sains nya. Ianya kemudian tidak kelihatan lagi selepas itu (dah pupus)

Manakala di Eropah, wujud juga cacing gergasi yang dinamakan sebagai "The Black Forest". Ada juga menyatakan ianya adalah jenis Giant Badish (Lumbricus badensis).

Sardinia, Corsica, Itali, Sicily dan wilayah selatan Perancis adalah habitat kepada cacing tanah besar spesies Hormogaster yang berukuran 75cm (2.5 kaki).

Selain itu spesies yang terbesar juga pernah dilaporkan di Afrika Selatan iaitu cacing gergasi jenis (Microchaetus rappi). Cacing ini biasanya membesar kira-kira 1.8 meter (6 kaki) panjang, tetapi terdapat bukti bahawa ianya boleh membesar lagi lebih dari itu.

Pada tahun 1967, cacing Afrika Selatan pernah ditemui di tepi jalan besar di Bandar William yang berukuran luar biasa 6.7 meter (22 kaki) panjang.  Cacing ini adalah yang terpanjang pernah dilaporkan.

Hmmm..Jadi adakah cacing2 ni sama seperti yang di Jepun?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

‘’Duit Boleh Dicari, Harta Boleh Dibeli, Tapi Sesungguhnya, Ibu Bapa Tiada Ganti’’

Abah & Boy Assalamualaikum & Salam Sejahtera warga IIUMC. Terima kasih admin kerana sudi menyiarkan kisah yang tak seberapa ...