Selasa, 14 Februari 2017

TERKINI.. Ustaz Terkenal Tanahair KANTOI Menyumpah Orang ? !!!

TERKINI.. Ustaz Terkenal Tanahair KANTOI Menyumpah Orang ? !!! | Ustaz tersebut tidak lain tidak bukan ialah Ustaz Ebit Lew (semoga dirahmati Allah senantiasa atas usaha dakwah yang berpanjangan). Baca sampai habis ye tulisan beliau. Dah banyak hari rasa nak sumpah orang. Malam ni saya sumpah semua orang yang hina, kutuk, malukan saya depan ramai orang dalam masa 2 minggu ni. Saya sumpah mereka dan makayah, anak-anak dan keturunan mereka semuanya jadi Daie Allah, alim, hafiz, ulama, orang yang paling bertakwa dan orang yang gembirakan Nabi saw.
1

Dah 2 minggu saya tak tidur malam. Saya drive dalam perjalanan tidur pukul 4 pagi. Pagi terus ada ceramah. Waktu ceramah tepat-tepat jer masa. Saya ceramah dengan sepenuh hati dan menepati masa dan tujuan saya. Saya seperti saya dan tidak akan jadi macam yang sesiapa nak. Hidup saya untuk tuhan saya. Hidup saya untuk Allah.

Malam ni baru saya berbual dengan anak-anak saya. Baru lepas peluk dan cium isteri dan anak-anak. Terlalu rindukan mereka kerana Allah. Air mata tak berhenti kerana terlalu inginkan ramai orang memeluk Islam. Inginkan masjid hidup dengan amal.

2

Jom nangis puas-puas dan kuat-kuat depan Allah kemudian kesat air mata bangun dan terus bangkit berjuang sehingga berjumpa Allah. Berjumpa Nabi saw…KREDIT FACEBOOK USTAZ EBIT LEW.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ustaz Songsang

Ustaz Songsang Salam semua. Terbaca pasal kisah Adik Thaqif, memang sedih. Semoga si pelaku mendapat hukuman yang setimpal dan bertau...